Lirik Lagu / Lyrics / Lirik Nasyid
Munif Hijjaz - Rindu Humaira feat Maliq Suhaimi
Tika hari itu gugur air mata di wajahmu
Hiba hati melepaskan dikau
Bukan tidak rela
Hati seorang isteri
Kerana cintanya pasti berduka
Hakikat semua hamba akur
Dengan takdirNya.
Jalan syurga menggamit.
Setia seorang isteri
Tiada lagi teman untuk menaburkan budi
Makam itu hanya jasad semadi
Tapi dian batin terus menyala
Pada sebuah amanah
Di sisi sang isteri.
Duhai srikandi cinta hati Rasul.
Yang teristimewa
Oh Aishah masih lara sepuhlah air mata
Di usia muda.
Terus melangkah ke jalan jihadmu.
Yang pergi jasad bukan cita semangatmu
Citra mengimbau sejarah si merah
Ummahatul Mukminin
Oh Aisyah Humaira.
Di awal usia kau menjadi
Teman dan isteri
Rela berjuang bersama seorang nabi.
Teman Rasul saat di hujung nyawa
Di ribamu itu kembali baginda
Suami tercinta pergi buat selamanya.
Duhai srikandi cinta hati
Rasul yang teristimewa
Oh Aishah masih lara sepuhlah air mata
Di usia muda.
Terus melangkah ke jalan jihadmu.
Yang pergi jasad bukan cita semangatmu
Citra mengimbau sejarah si merah
Ummahatul Mukminin.
Oh Aisyah Humaira
Oh Aisyah Humaira
Oh Aisyah Humaira.
MUSIC VIDEO Munif Hijjaz - Rindu Humaira feat Maliq Suhaimi