lirik-lagu-iklim-selamat-tinggal-penderitaan
Lirik Lagu / Lyrics
Iklim
"Selamat Tinggal Penderitaan"

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan.

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terimakasih atas kesakitan
Yang telah kau berikan.

Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan
Air mata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara.

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan.

***
Kini terbukti
Cinta yang ku alami
Bukannya mimpi
Lautan api
Boleh menjadi
Oh taman salji.

MUSIC VIDEO Iklim - "Selamat Tinggal Penderitaan"